Pages - Menu
▼
Thursday, 21 September 2017
Majlis perpisahan Guru Besar SKKD Encik Shamsuddin b Mohamad
Satu majlis perpisahan telah diadakan untuk Guru Besar SKKD yang akan berpindah di SK Taman Warisan Puteri, Seremban. Majlis telah diadakan di dewan SK Kampong Daching dan pada sebelah petangnya beliau diraikan di Klana Resort, Seremban. Terima kasih cikgu di atas segala sumbangan yang cikgu curahkan untuk SKKD. Jasamu tetap kami kenang.
Friday, 15 September 2017
Sambutan Bulan Kemerdekaan SKKD meningkatkan semangat patriotisme murid
Sekolah Kebangsaan Kampong Daching telah mengadakan sambutan bulan kemerdekaan negara sepanjang bulan Ogos sehingga berakhir 15 September 2017. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menaikkan semangat patriotisme murid.







