Pages - Menu
▼
Wednesday, 14 February 2018
Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan 1 Malaysia
Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan 1 Malaysia telah dijalankan di SK Kampong Daching pada 14 Februari 2018. Majlis telah dirasmikan dan disempurnakan oleh En Ariffin, Pegawai PPD Seremban.
Tuesday, 6 February 2018
Kejohanan Merentas Desa MSSNS 2018
Adik Nurul Syahira Bt Abdul Razak telah mewakili daerah Seremban 1 ke Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri Sembilan bagi kategori bawah 12 tahun pada Selasa, 6 Februari 2018. Adik Syahira telah merangkul tempat ke-33. Tahniah diucapkan kerana telah berjaya hingga ke tahap ini.
Monday, 5 February 2018
Sepak Takraw Peringkat Seremban 1
Sekolah Kebangsaan Kampong Daching telah menghantar dua pasukan sepak takraw bagi menyertai pertandingan sepak takraw peringkat Seremban 1 yang diadakan di Stadium Paroi, Seremban pada hari Isnin, 5 Februari 2018. Pasukan SKKD A telah berjaya hingga ke peringkat ke suku akhir. Semoga pasukan sepak takraw sekolah akan lebih berjaya di masa akan datang.
Pasukan SKKD A
Pasukan SKKD B
Majlis Pelancaran Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kelas 2018
Majlis Pelancaran Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kelas 2018 telah dijalankan pada Isnin, 5 Februari 2018. Gimik pelancaran telah diadakan sebagai tanda bermulanya pertandingan pada 5 Februari 2018 sehingga Oktober 2018. Selamat berjaya kepada semua kelas.

















