17 Julai 2016, Keheningan pagi digegari dengan hiruk pikuk para pelari Larian Keamanan Pengakap 2016 yang telah dilaksanakan di Padang Merbuk Kuala Lumpur. Program ini yang dianjurkan bersama Persekutuan Pengakap Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumour, Myrace dan lain-lain agensi bernaung di bawah satu misi Messengers of Peace.
Larian tersebut telah disertai seramai 1651 orang peserta dari dalam dan luar negara termasuk pengakap-pengakap dari luar negara. Sekolah Kebangsaan Kampong Daching juga turut menghantar lima orang peserta dalam acara tersebut. Peserta-peserta terdiri daripada adik Faiq tahun 6, adik Mohd Raziq tahun 5, adik Muhammad Shahmi Shahirfan tahun 4 dan dua orang guru SKKD iaitu Cikgu Goh dan Cikgu Afizzuddin. Seramai 283 petugas dari pelbagai agensi telah menjayakan acara larian yang berprestij ini.
Program bermula seawal 7.00 pagi dibahagikan kepada 2 kategori iaitu 10 km dan 5 km fun ran. Majlis larian telah disempurnakan oleh Ketua Pengakap Negara Tan Sri Shafie Salleh disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Dato’ Zin bin Bidin , Koordinator MoP Malaysia Encik Amir Hamzah Aman dan ACC yang lain.