Mempertingkatkan keupayaan bagi mencapai sasaran kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah murid dan persekitaran sekolah yang amat selamat dan ceria.
Pihak sekolah merakam kan ucapan tahniah di atas kejayaan adik Khadeeja yang telah memperoleh 6A dalam peperiksaan UPSR yang telah diumumkan pada 24 November 2017. Semoga kejayaan adik Khadeeja menjadi pendorong kepada semua murid SKKD.
Satu majlis perpisahan telah diadakan untuk Guru Besar SKKD yang akan berpindah di SK Taman Warisan Puteri, Seremban. Majlis telah diadakan di dewan SK Kampong Daching dan pada sebelah petangnya beliau diraikan di Klana Resort, Seremban. Terima kasih cikgu di atas segala sumbangan yang cikgu curahkan untuk SKKD. Jasamu tetap kami kenang.
Sekolah Kebangsaan Kampong Daching telah mengadakan sambutan bulan kemerdekaan negara sepanjang bulan Ogos sehingga berakhir 15 September 2017. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menaikkan semangat patriotisme murid.
Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri SKKD 2017 penuh keceriaan. Pelbagai aktiviti dilaksanakan pada hari tersebut. Pelbagai juadah disediakan oleh setiap kelas daripada darjah 1 hingga 6. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Majlis sanjungan budi Encik Shaharuddin b Buyong telah diadakan di sekolah dan di Klana Resort, Seremban pada 12 Julai 2017. Terima kasih cikgu Din di atas segala sumbangan sepanjang berada di SK Kampong Daching. Jasamu dikenang dan salam perpisahan daripada kami warga SKKD.