MISI SKKD

Mempertingkatkan keupayaan bagi mencapai sasaran kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah murid dan persekitaran sekolah yang amat selamat dan ceria.

MOTO SKKD

ILMU TANGGA KEJAYAAN

Friday, 29 December 2017

PENDAFTARAN MURID TAHUN 2 HINGGA 6 SESI PERSEKOLAHAN 2018

Pendaftaran murid tahun 2 hingga 6 telah diadakan pada 29 Disember 2017 di kantin Sekolah Kebangsaan Kampong Daching. Pendaftaran telah dikelolakan oleh semua guru kelas.



PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2018

Majlis pendaftaran murid tahun 1 telah diadakan pada 29 Disember 2017 di Dewan Hj Silin, SK Kampong Daching. Ibu bapa telah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Penyelaras tahun 1, GPK HEM dan guru pemulihan semasa sesi taklimat.




Wednesday, 27 December 2017

MESYUARAT KOKURIKULUM DAN UNIT HEM KALI PERTAMA BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2018

Mesyuarat unit Kokurikulum dan HEM kali pertama bagi sesi 2018 telah dijalankan pada hari Rabu, 27 Disember 2017 di bilik Mesyuarat SKKD. Pelbagai perancangan untuk sesi persekolahan 2018 telah dibincangkan.






Tuesday, 26 December 2017

MESYUARAT PENTADBIRAN DAN KURIKULUM KALI PERTAMA SESI 2018

Mesyuarat pentadbiran dan kurikulum kali pertama bagi sesi 2018 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Sekolah Kebangsaan Kampong Daching. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Guru Besar SKKD, Puan Zanariah bt Gapri. Pelbagai perancangan bagi tahun 2018 telah dibentangkan.

Guru-guru khusyuk mendengar ucapan yang disampaikan oleh Guru Besar

Barisan guru-guru SKKD 2018

Guru Besar menyampaikan ucapan

Ustazah Nurashikin membentangkan tentang 
e-operasi

 
Ustazah Nurul menanyakan soalan kepada Guru Besar

Puan Zaimah membentangkan tentang program transisi tahun 1

Barisan guru lelaki dan staf sokongan

Friday, 24 November 2017

Tahniah adik Khadeeja memperoleh 6A dalam UPSR 2017

Pihak sekolah merakam kan ucapan tahniah di atas kejayaan adik Khadeeja yang telah memperoleh 6A dalam peperiksaan UPSR yang telah diumumkan pada 24 November 2017. Semoga kejayaan adik Khadeeja menjadi pendorong kepada semua murid SKKD.


Wednesday, 22 November 2017

Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Tahun 6 2017

Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Tahun 6 2017 telah diadakan di Dewan SK Kampong Daching pada 22 November 2017.






Wednesday, 15 November 2017

Jamuan Perpisahan Murid Tahun 6 2017 dan Hi Tea Guru-guru dan staf SKKD di Hotel Nilai

Satu Hi Tea telah diadakan untuk murid-murid tahun 6 serta barisan guru dan staf SKKD telah diadakan di Hotel Nilai pada hari Rabu, 15 November 2017.