MISI SKKD

Mempertingkatkan keupayaan bagi mencapai sasaran kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah murid dan persekitaran sekolah yang amat selamat dan ceria.

MOTO SKKD

ILMU TANGGA KEJAYAAN

Monday, 1 January 2018

Selamat Ulang tahun Kelahiran kepada Guru Besar SK Kampong Daching 01.01.18


Selamat Ulang tahun kelahiran kepada Guru Besar SK Kampong Daching, Puan Zanariah bt Gapri pada 1 Januari 2018. Semoga puan sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan sentiasa di bawah peliharaanNya. Amin

Bilik Guru SK Kampong Daching berubah wajah untuk 2018

AJK Bilik Guru SKKD telah sama-sama berganding bahu membuat program menceriakan bilik guru bagi memberi keselesaan kepada guru-guru SKKD untuk memulakan sesi persekolahan 2018. Semoga guru-guru SKKD lebih bersemangat untuk menjalankan tugas.








Selamat Tahun Baru 2018


Kami warga SK Kampong Daching mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2018 dan selamat kembali ke sekolah.

Friday, 29 December 2017

PENDAFTARAN MURID TAHUN 2 HINGGA 6 SESI PERSEKOLAHAN 2018

Pendaftaran murid tahun 2 hingga 6 telah diadakan pada 29 Disember 2017 di kantin Sekolah Kebangsaan Kampong Daching. Pendaftaran telah dikelolakan oleh semua guru kelas.



PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2018

Majlis pendaftaran murid tahun 1 telah diadakan pada 29 Disember 2017 di Dewan Hj Silin, SK Kampong Daching. Ibu bapa telah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Penyelaras tahun 1, GPK HEM dan guru pemulihan semasa sesi taklimat.




Wednesday, 27 December 2017

MESYUARAT KOKURIKULUM DAN UNIT HEM KALI PERTAMA BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2018

Mesyuarat unit Kokurikulum dan HEM kali pertama bagi sesi 2018 telah dijalankan pada hari Rabu, 27 Disember 2017 di bilik Mesyuarat SKKD. Pelbagai perancangan untuk sesi persekolahan 2018 telah dibincangkan.






Tuesday, 26 December 2017

MESYUARAT PENTADBIRAN DAN KURIKULUM KALI PERTAMA SESI 2018

Mesyuarat pentadbiran dan kurikulum kali pertama bagi sesi 2018 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Sekolah Kebangsaan Kampong Daching. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Guru Besar SKKD, Puan Zanariah bt Gapri. Pelbagai perancangan bagi tahun 2018 telah dibentangkan.

Guru-guru khusyuk mendengar ucapan yang disampaikan oleh Guru Besar

Barisan guru-guru SKKD 2018

Guru Besar menyampaikan ucapan

Ustazah Nurashikin membentangkan tentang 
e-operasi

 
Ustazah Nurul menanyakan soalan kepada Guru Besar

Puan Zaimah membentangkan tentang program transisi tahun 1

Barisan guru lelaki dan staf sokongan