Mempertingkatkan keupayaan bagi mencapai sasaran kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah murid dan persekitaran sekolah yang amat selamat dan ceria.
Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi sesi 2018. Tahniah diucapkan kepada murid-murid SK Kampong Daching yang bersemangat hadir ke sekolah pagi ini. Wajah-wajah ceria yang terpancar di wajah murid SKKD.
Selamat Ulang tahun kelahiran kepada Guru Besar SK Kampong Daching, Puan Zanariah bt Gapri pada 1 Januari 2018. Semoga puan sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan sentiasa di bawah peliharaanNya. Amin
AJK Bilik Guru SKKD telah sama-sama berganding bahu membuat program menceriakan bilik guru bagi memberi keselesaan kepada guru-guru SKKD untuk memulakan sesi persekolahan 2018. Semoga guru-guru SKKD lebih bersemangat untuk menjalankan tugas.
Pendaftaran murid tahun 2 hingga 6 telah diadakan pada 29 Disember 2017 di kantin Sekolah Kebangsaan Kampong Daching. Pendaftaran telah dikelolakan oleh semua guru kelas.
Majlis pendaftaran murid tahun 1 telah diadakan pada 29 Disember 2017 di Dewan Hj Silin, SK Kampong Daching. Ibu bapa telah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Penyelaras tahun 1, GPK HEM dan guru pemulihan semasa sesi taklimat.