MISI SKKD

Mempertingkatkan keupayaan bagi mencapai sasaran kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah murid dan persekitaran sekolah yang amat selamat dan ceria.

MOTO SKKD

ILMU TANGGA KEJAYAAN

Thursday, 4 January 2018

Makmal Komputer SKKD Berwajah Baru Untuk pdp 2018

Penyelaras ICT, Puan Anis telah mencantikkan makmal komputer untuk kegunaan pelajar SKKD bagi tahun 2018 agar dapat membangkitkan semangat dan keseronokan kepada pengguna makmal komputer SKKD. Tahniah diucapkan.














Projek Unit ICT Membangunkan Papan Info Bergambar Aktiviti Sekolah 2018

Unit ICT telah membangunkan satu papan info bergambar yang memaparkan aktiviti-aktiviti sekolah sepanjang tahun 2018. Tahniah diucapkan.







Wednesday, 3 January 2018

Mesyuarat dan pelantikan AJK Unit Beruniform 2018

Mesyuarat dan pelantikan AJK Unit Beruniform ( Pengakap dan Puteri Islam ) telah diadakan di Dewan Haji Silin, SK Kampong Daching pada 3 Januari 2018.





Tuesday, 2 January 2018

Back to school 2018

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi sesi 2018. Tahniah diucapkan kepada murid-murid SK Kampong Daching yang bersemangat hadir ke sekolah pagi ini. Wajah-wajah ceria yang terpancar di wajah murid SKKD.










Monday, 1 January 2018

Selamat Ulang tahun Kelahiran kepada Guru Besar SK Kampong Daching 01.01.18


Selamat Ulang tahun kelahiran kepada Guru Besar SK Kampong Daching, Puan Zanariah bt Gapri pada 1 Januari 2018. Semoga puan sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan sentiasa di bawah peliharaanNya. Amin

Bilik Guru SK Kampong Daching berubah wajah untuk 2018

AJK Bilik Guru SKKD telah sama-sama berganding bahu membuat program menceriakan bilik guru bagi memberi keselesaan kepada guru-guru SKKD untuk memulakan sesi persekolahan 2018. Semoga guru-guru SKKD lebih bersemangat untuk menjalankan tugas.








Selamat Tahun Baru 2018


Kami warga SK Kampong Daching mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2018 dan selamat kembali ke sekolah.