MISI SKKD

Mempertingkatkan keupayaan bagi mencapai sasaran kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah murid dan persekitaran sekolah yang amat selamat dan ceria.

MOTO SKKD

ILMU TANGGA KEJAYAAN

Wednesday, 30 March 2016

Pesta Pantun Peringkat Daerah Seremban 1 – SKKD Naib Johan!!

Penantian untuk menjadi juara pesta pantun tidak tercapai apabila pasukan pemantun sekolah hanya dinobatkan sebagai naib johan dalam pertandingan pantun peringkat daerah Seremban 1 yang diadakan pada 26 Mac 2016 di SK Desa Kencana.


Pemantun terbaik juga jatuh kepada pasukan sekolah iaitu Siti Nurul Najihah. Antara murid yang terlibat dalam pesta pantun ini ialah Siti Nurul Najihah, Nurin Syukrina, Siti Nurnabihah, Nabilla dan Nur Zarith Sofia. 

Tahniah diucapkan kepada pasukan pemantun sekolah. Teruskan kejuaraan sehingga ke peringkat tertinggi.


Pemantun SKKD penuh kosentrasi

Pemantun SKKD semasa pertandingan.
Pemantun terbaik  Daerah Seremban 1, Siti Nurul Najihah

TAHNIAH Pasukan Pemantun SKKD 2016!!

Tuesday, 22 March 2016

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 1 dan 2 Peringkat Sekolah

Pencarian peserta bercerita BM yang akan mewakili sekolah akhirnya menemui jawapan setelah sekolah mengadakan pertandingan tersebut pada 18 Mac 2016 yang lalu.

Peserta yang mendapat tempat johan akan mewakili sekolah ke Karnival Bahasa peringkat daerah pada 25 April 2016 di SK Taman Semarak. Diharap kedua-dua peserta akan dapat mengekalkan kejuaraan mereka nanti. 





TAHNIAH kepada semua pemenang!!



Tuesday, 15 March 2016

Kejohanan Olahraga dan Balapan Peringkat Seremban 2016

Pada 7 hingga 9 Mac 2016, SK Kg Daching telah menyertai Kejohanan Olahraga dan Balapan Daerah Seremban 2016. Seperti kebiasaan SKKD menyertai hampir kesemua acara yang diadakan. 

Seperti semua sedia maklum kejohanan olahraga dan balapan adalah medan yang amat sukar bagi sekolah kecil seperti SKKD untuk menyerlah. Penyertaan hampir 58 buah sekolah rendah seluruh Seremban , dan menjadi salah sebuah sekolah yang berjaya menyertainya telah menjadi satu kebanggaan. 





Pada kejohanan kali ini skuad olahraga gagal menjelmakan sebarang warna pingat. Namun di sebalik segala kekurangan seluruh warga SKKD masih boleh berbangga di atas usaha gigih yang ditunjukkan oleh peserta dan guru-guru. Semoga tahun 2017 SKKD akan lebih menyerlah di gelanggang olahraga dengan sokongan padu semua pihak.

Tuesday, 8 March 2016

Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2016 Dan Pengagihan Wang Bantuan 1 Malaysia



Mesyuarat Agung Tahun 2016 telah diadakan pada 2 Mac 2016 yang lalu. Mesyurat Agung tersebut telah dirasmikan oleh YDP Encik Amran b Bakar. Turut hadir sama ialah Naib Pengerusi PIBG SKKD. 

Tahniah kepada Encik Amran Bakar kerana terpilih sebulat suara mengekalkan jawatan pengerusi PIBG sekolah . Tahniah juga kepada mereka yang terpilih dalam senarai AJK untuk sesi 2016. Semoga PIBG akan menjadi pemangkin kejayaan sekolah.

Antara  corat coret sepanjang mesyuarat PIBG kali ke 37: 






Terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama menjayakan mesyuarat tersebut. 


Pada hari tersebut juga berlangsungnya pengagihan wang bantuan 1 Malaysia kepada pelajar-pelajar SKKD.


Wednesday, 2 March 2016

Program Sukan Tahunan SKKD - Meriah !!!

Pada tahun ini, sekolah telah mengadakan Program Sukan Tahunan agak awal berbanding tahun sebelumnya yang dibuat pada hujung tahun. Walaupun keadaan padang agak sempit, namun sekolah telah berjaya mengadakan Hari Sukan secara besar-besaran. 

Puan Khalidah binti Omar, wakil pegawai dari PPD telah merasmikan pembukaan Hari Sukan tersebut. Pelbagai acara yang telah dijalankan, antaranya acara individu seperti lari terus, acara peralatan dan acara berkumpulan. Acara terbuka juga turut diadakan untuk ibu bapa yang datang ke temasya sukan itu. 




Perasmian Sukan Tahunan



Paling meriah diadakan acara perbarisan dan pertandingan hiasan khemah. Pada tahun ini, khemah telah dihias oleh ibu bapa murid kerana pihak sekolah menggalakkan program SARANA.



Acara Perbarisan.


Acara sukan pun bermula!!


Pelbagai acara dipertandingkan


Rumah BIRU!!



Rumah KUNING!!



Rumah MERAH!!


Tokoh Olahragawan telah disandang oleh Muhammad Faiq bin Mohd Salleh manakala Tokoh Olahragawati pula disandang oleh Norziana binti Mohd. Dalam pertandingan perbarisan, Rumah Biru telah mendapat juara dan dalam pertandingan hiasan khemah pula, Rumah Merah telah mendapat tempat pertama. 

Alhamdulillah, program Sukan Tahunan berakhir dengan jayanya berkat kerjasama daripada semua guru, ibu bapa dan murid-murid. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sudi menderma wang bagi menampung perbelanjaan sukan tahunan ini.

Sunday, 31 January 2016

Pertandingan Bola Tampar Peringkat Daerah Seremban 1

Baru-baru ini, sekolah telah menghantar dua pasukan bola tampar ke pertandingan di peringkat daerah Seremban 1 yang di adakan di Centre Court, Paroi. 


                               


Dalam pertandingan tersebut, pasukan bola tampar lelaki kurang bernasib baik kerana tidak berjaya meraih  sebarang kemenangan manakala pasukan perempuan telah berjaya mendapat tempat ketiga. 




Tahniah kepada pasukan bola tampar perempuan atas kejayaan yang dicapai. Tahniah juga kepada jurulatih-jurulatih bola tampar SKKD serta semua guru yang telah bersama-sama memberi dorongan dan semangat kepada pasukan bola tampar sekolah sehingga berjaya membawa pulang pingat kemenangan. 

Diharap akan lebih berusaha lagi pada masa akan datang.


Tahniah kepada pasukan bola tampar perempuan!!



Pertandingan Merentas Desa Peringkat Daerah Seremban 1


Sekolah telah menghantar seramai 6 orang peserta lelaki dan perempuan ke pertandingan merentas desa peringkat daerah di SMK Bukit Kepayang. 





Menunggu acara bermula


Dalam pertandingan tersebut, sekolah kita tidak mampu menyaingi peserta- peserta dari sekolah lain yang ternyata lebih pantas terutamanya peserta India . 


Muka - muka keletihan selepas merentas desa!



Walaupun tidak memperoleh sebarang kemenangan, namun usaha  para peserta sekolah harus dipuji kerana 3 orang daripada mereka telah berjaya mencapai masa terbaik yang telah ditetapkan.

Mereka tersebut ialah Norziana, Amini Lili dan Nurlia Izati. Tahniah dan berusahalah lagi pada masa akan datang. 



Atlet- Atlet Merentas Desa Peringkat Daerah Seremban 1