MISI SKKD

Mempertingkatkan keupayaan bagi mencapai sasaran kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah murid dan persekitaran sekolah yang amat selamat dan ceria.

MOTO SKKD

ILMU TANGGA KEJAYAAN

Tuesday, 26 July 2016

Selamat Menduduki Peperiksaan Pra Upsr 2016

Peperiksaan Pra UPSR peringkat Negeri Sembilan berlangsung pada 26 Julai 2016 sehingga 29 Julai 2016. Selamat Berjaya dan memperoleh keputusan yang cemerlang daripada pihak sekolah.




Bacaan Yassin sebelum peperiksaan bermula

Sunday, 17 July 2016

Larian Keamanan Pengakap 2016






17 Julai 2016, Keheningan pagi digegari dengan hiruk pikuk para pelari Larian Keamanan Pengakap 2016 yang telah dilaksanakan di Padang Merbuk Kuala Lumpur. Program ini yang dianjurkan bersama Persekutuan Pengakap Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumour, Myrace dan lain-lain agensi bernaung di bawah satu misi Messengers of Peace.
Larian tersebut telah disertai seramai 1651 orang peserta dari dalam dan luar negara termasuk pengakap-pengakap dari luar negara. Sekolah Kebangsaan Kampong Daching juga turut menghantar lima orang peserta dalam acara tersebut. Peserta-peserta terdiri daripada adik Faiq tahun 6, adik Mohd Raziq tahun 5, adik Muhammad Shahmi Shahirfan tahun 4 dan dua orang guru SKKD iaitu Cikgu Goh dan Cikgu Afizzuddin. Seramai 283 petugas dari pelbagai agensi telah menjayakan acara larian yang berprestij ini. 
Program bermula seawal 7.00 pagi dibahagikan kepada 2 kategori iaitu 10 km dan 5 km fun ran. Majlis larian telah disempurnakan oleh Ketua Pengakap Negara Tan Sri Shafie Salleh disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Dato’ Zin bin Bidin , Koordinator MoP Malaysia Encik Amir Hamzah Aman dan ACC yang lain.

Friday, 15 July 2016

Kelulusan Mengadakan Pembersihan Kawasan Hutan Bersebelahan Padang SK Kampong Daching

Kerja-kerja pembersihan kawasan hutan berhampiran Padang SK Kampong Daching telah mendapat kelulusan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Proses-proses pembersihan kawasan tersebut telah mula dijalankan pada 15 Julai 2016. Pembersihan kawasan hutan yang berhampiran sekolah ini diadakan bagi menjalankan proses menaik taraf padang Sekolah Kebangsaan Kampong Daching . Pihak sekolah merakamkan ucapan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Jaya Sehunggun Sdn Bhd kerana memberi sumbangan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan tersebut dan menjalankan proses menaik taraf.







Wednesday, 13 July 2016

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016 SKKD Ceria dan Meriah

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016 peringkat Sekolah Kebangsaa Kampong Daching yang berlangsung pada 13 Julai 2016 sangat meriah. Hiasan pentas yang sangat cantik berkonsepkan rumah tradisional Melayu. Jamuan Hari Raya diadakan mengikut kelas dan dijalankan di dewan SKKD. Setiap kelas mengadakan persembahan lagu raya dan turut disajikan dengan juadah-juadah yang enak.













Friday, 1 July 2016

Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan, Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan Duit Raya SKKD disambut Sederhana

Pada 1 Julai 2016, telah berlangsung Majlis Penutupan Sambutan Ihya’ Ramadhan, Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Duit Raya yang bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Kampong Daching. Majlis dimulakan dengan majlis khatam Al-Quran.





Thursday, 30 June 2016

Program Satu Jam Bersama Al-Quran

Satu Majlis Satu Jam Bersama Al-Quran telah diadakan di SK Kampong Daching pada tanggal 30 Jun 2016 serentak di seluruh Malaysia bermula jam 12.00 tengahari sehingga jam 1.00 petang. Program ini telah melibatkan semua murid SK Kampong Daching. Semoga satu jam yang telah diperuntukkan untuk membaca Al-Quran memberi seribu rahmat dan kebaikan kepada semua. Amin. 





Friday, 27 May 2016

Sambutan Hari Guru SKKD 2016 : Sederhana tetapi Meriah

Guru Pembina Negara Bangsa ialah tema Hari Guru 2016. Sambutan Hari Guru SKKD telah diadakan pada hari Jumaat, 27 Mei 2016. Kami menunggu sehingga selesai peperiksaan pertengahan tahun untuk menyambutnya. Seperti biasa, sambutan di SKKD diadakan secara sederhana namun ianya tetap meriah.

 Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan lagu tema Hari Guru

 Murid-murid SKKD menanti persembahan diadakan

 Ucapan Ketua Pengawas SKKD

 Persembahan Deklamasi Sajak oleh pelajar tahun 5

 Acara yang diadakan 

 Ucapan Tuan Guru Besar SKKD

Pentas sempena sambutan Hari Guru SKKD 2016