MISI SKKD

Mempertingkatkan keupayaan bagi mencapai sasaran kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah murid dan persekitaran sekolah yang amat selamat dan ceria.

MOTO SKKD

ILMU TANGGA KEJAYAAN

Friday, 20 January 2017

Majlis Perpisahan Encik Ahmad Zuraidi b Abdul Wahab

Majlis perpisahan Encik Ahmad Zuraidi b  Abdul Wahab telah diadakan pada 20 Januari 2017 di Dewan SK Kampong Daching. Pada sebelah petangnya pula, telah diadakan majlis minum petang bersama guru,staf dan wakil PIBG di Klana Resort, Seremban. Selamat bertugas di tempat baharu.




Wednesday, 18 January 2017

Pertandingan Merentas Desa Peringkat Seremban 1

Sekolah telah menghantar seramai 6 orang peserta lelaki dan perempuan ke pertandingan merentas desa peringkat daerah Seremban 1 di SMK Bukit Kepayang pada 18 Januari 2017. Dalam pertandingan tersebut, seorang peserta perempuan iaitu Adik Aisyah Raudhah telah berjaya merangkul tempat ke 18.Walaupun perserta sekolah kita yang lain tidak memperoleh sebarang kemenangan, namun usaha para peserta sekolah harus dipuji. Tahniah dan berusahalah lagi pada masa akan datang.







 Tahniah Adik Aisyah Raudhah

Wednesday, 11 January 2017

Pertandingan Merentas Desa Peringkat SK Kampong Daching

Pada minggu kedua persekolahan bersamaan hari Rabu, 11 Januari 2017 telah diadakan Pertandingan Merentas Desa peringkat sekolah yang disertai oleh semua murid tahap 2, lelaki dan perempuan. Pertandingan tersebut telah dijalankan di kawasan Kampung Daching sejauh dua kilometer. Sebelum memulakan larian, murid-murid telah melakukan senaman ringan untuk memanaskan badan bagi mengelakkan kekejangan otot. Murid-murid perempuan terlebih dahulu dilepaskan, disusuli murid-murid lelaki pada 10 minit kemudian.





Tuesday, 3 January 2017

Back To School 2017

Tanggal 30 Januari 2016 bermulalah pendaftaran bagi murid-murid prasekolah dan tahun satu. Ibu bapa murid-murid tersebut turut diberi taklimat oleh Guru Besar serta Guru-guru Penolong Kanan mengenai perkara-perkara berkaitan yang perlu ibu bapa ketahui berhubung hal ehwal murid. Kemudian, pada 3 Januari 2016 pula, sesi persekolahan bermula bagi semua murid di sekolah ini. Tergambar perasaan riang dan gembira pada wajah mereka setelah bercuti selama sebulan.


 Wajah murid-murid tahun 1-6 , 2017


 Ucapan daripada Tn Guru Besar, SK Kampong Daching

Wajah murid-murid tahun 1, 2017



Ibu bapa murid tahun 1 yang hadir menghantar anak mereka pada hari pertama persekolahan bermula

Friday, 25 November 2016

Selamat Bersara En. Abd. Aziz b Ishak

Majlis persaraan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Abd. Aziz b Ishak telah diadakan gilang-gemilang semasa hari terakhir persekolahan sesi 2016, Jumaat, 25 November 2016. Hiasan pelamin yang indah khas untuk mantan GPK 1, SK Kg. Daching ini telah dibuat oleh guru-guru SK Kg. Daching. Hari Jumaat 25 November 2016 merupakan hari terakhir beliau berkhidmat sebagai pendidik. Salam perpisahan daripada kami warga SK Kg. Daching dan jasamu dikenang. Terima kasih cikgu.



















Wednesday, 23 November 2016

Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Tahun 6 Sesi 2016

Satu Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Tahun 6 Sesi 2016 SK Kampong Daching telah diadakan pada hari Rabu, 23 November 2016. Gambar-gambar sekitar majlis yang diadakan di Dewan Haji Silin, SK Kampong Daching yang telah dirasmikan oleh Pn. Khalidah bt Omar, wakil PPD Seremban.


 Pelajar terbaik akademik - Luqman Hakim b Ahmad Zuraidi

 YDP PIBG - En. Amran b Bakar














Friday, 18 November 2016

Minum petang sempena Majlis Perpisahan dan Persaraan Pn. Hjh Siti Mariyam dan En. Abd. Aziz

Satu jamuan minum petang telah diadakan di Klana Resort Seremban sempena majlis perpisahan Pn . Hjh. Siti Mariyam bt Hj Othman, GPK Kokurikulum dan persaraan En. Abd. Aziz b Ishak, GPK 1 SK Kampong Daching pada hari Jumaat, 18 November 2016. Majlis diadakan bagi mengenang jasa yang telah dicurahkan di SK Kampong Daching. Kepada Pn. Hjh. Siti Mariyam bt Hj Othman selamat bertugas sebagai Guru Besar di SK Pantai dan En. Abd. Aziz b Ishak selamat bersara. Jasa kalian dikenang.