MISI SKKD

Mempertingkatkan keupayaan bagi mencapai sasaran kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah murid dan persekitaran sekolah yang amat selamat dan ceria.

MOTO SKKD

ILMU TANGGA KEJAYAAN

Wednesday, 17 January 2018

Jom Minum MILO

SK Kampong Daching telah didatangi lori MILO yang memberi minuman milo kepada semua warga sekolah. Pihak Milo telah mengadakan sesi senaman dan kuiz. Terima kasih MILO.













Tuesday, 16 January 2018

Lawatan Untuk Pemeriksaan Serta Rawatan Gigi Dan Ceramah Pergigian Oleh Klinik Pergigian Lenggeng

Satu lawatan untuk pemeriksaan serta rawatan  gigi  dan ceramah pergigian oleh klinik Pergigian Lenggeng akan dijalankan bermula 16 Januari 2018. Anggaran bilangan hari lawatan ialah selama 10 hari. Pihak klinik pergigian Lenggeng telah memulakan dengan sesi ceramah pendidikan kesihatan pergigian sebelum rawatan kepada murid diberikan. Sesi ceramah telah dijalankan mengikut kelas.


 Sesi ceramah pergigian telah dijalankan mengikut kelas

Lawatan Pegawai PPD Seremban ke SK Kampong Daching

Sekolah Kebangsaan Kampong Daching telah dikunjungi oleh dua orang pegawai PPD Seremban iaitu Puan Rodiah dan Puan Khalida pada hari Selasa, 16 Januari 2018. Pegawai PPD Seremban telah membuat pemantauan di bilik darjah dan melihat sekitar kawasan sekolah. Terima kasih di atas kunjungan.






Friday, 12 January 2018

Bacaan Yassin Setiap Hari Jumaat

Bacaan Yassin dijalankan setiap hari Jumaat sebelum bermulanya sesi Pdp pada jam 07.40 pagi.




Wednesday, 10 January 2018

Projek Mewujudkan Bilik Mesyuarat SK Kampong Daching 2018

Projek mewujudkan Bilik Mesyuarat SK Kampong Daching telah dilaksanakan dengan diketuai oleh Cikgu Siti Hawa dan dibantu oleh pekerja-pekerja sekolah. Bilik ini diwujudkan bagi memudahkan guru-guru untuk menjalankan mesyuarat dalam keadaan dan suasana yang lebih selesa. Tahniah diucapkan.

Cikgu Hawa mengecat di dinding luar Bilik Mesyuarat

Guru Besar turut turun padang membantu

Terima kasih kepada pekerja sekolah yang sama-sama membantu

               




Tuesday, 9 January 2018

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) SK Kampong Daching 2018

RMT telah dikelola, diselia dan dilaksanakan sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bermula tahun 1979. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah, secara imbuhan untuk sementara waktu, bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan. Usaha ini juga adalah untuk membantu murid-murid meningkatkan prestasi kehadiran dan akademik mereka di sekolah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). SK Kampong Daching juga terlibat dalam rancangan makanan tambahan (RMT) ini. RMT di SK Kampong Daching telah diuruskan oleh Pn Siti Zaida bt Tohid dan berjalan dengan lancarnya.



Monday, 8 January 2018

Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama / 2018

Mesyuarat AJK PIBG kali pertama telah diadakan pada hari Isnin, 8 Januari 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat SK Kampong Daching. Pelbagai perancangan yang melibatkan sekolah dan PIBG telah dibincangkan.