Mempertingkatkan keupayaan bagi mencapai sasaran kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah murid dan persekitaran sekolah yang amat selamat dan ceria.
Sukantara SK Kampong Daching telah diadakan di padang sekolah SKKD pada hari Khamis, 1 Mac 2018. Tiga acara dipertandingkan iaitu lontar peluru, lompat jauh dan lompat tinggi. Murid-murid bersungguh-sungguh untuk memungut mata bagi rumah sukan masing-masing.
Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan 1 Malaysia telah dijalankan di SK Kampong Daching pada 14 Februari 2018. Majlis telah dirasmikan dan disempurnakan oleh En Ariffin, Pegawai PPD Seremban.
Adik Nurul Syahira Bt Abdul Razak telah mewakili daerah Seremban 1 ke Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri Sembilan bagi kategori bawah 12 tahun pada Selasa, 6 Februari 2018. Adik Syahira telah merangkul tempat ke-33. Tahniah diucapkan kerana telah berjaya hingga ke tahap ini.
Sekolah Kebangsaan Kampong Daching telah menghantar dua pasukan sepak takraw bagi menyertai pertandingan sepak takraw peringkat Seremban 1 yang diadakan di Stadium Paroi, Seremban pada hari Isnin, 5 Februari 2018. Pasukan SKKD A telah berjaya hingga ke peringkat ke suku akhir. Semoga pasukan sepak takraw sekolah akan lebih berjaya di masa akan datang.
Majlis Pelancaran Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kelas 2018 telah dijalankan pada Isnin, 5 Februari 2018. Gimik pelancaran telah diadakan sebagai tanda bermulanya pertandingan pada 5 Februari 2018 sehingga Oktober 2018. Selamat berjaya kepada semua kelas.
Satu ujian diagnostik bagi murid tahun 6 telah dijalankan bermula hari Isnin sehingga Selasa pada 29 Januari dan berakhir pada 30 Januari 2018. Semoga berjaya dan buat yang terbaik.