Satu Majlis Pelancaran dan Penyerahan Kad Frog Vle ID 2018 telah diadakan di Dataran Perhimpunan SK Kampong Daching pada Isnin, 5 Mac 2018. Majlis telah dimulakan dengan taklimat tentang Virtual Learning Environment (VLE ) yang disampaikan oleh Puan Anis Firdaus bt Asmi, selaku Penyelaras VLE Frog SK Kampong Daching. Majlis dirasmikan oleh En Muhd Sabri B Abdul Jalil (GPK HEM), dan satu acara gimik pelancaran telah diadakan. Acara disudahi dengan penyerahan Majlis Pelancaran dan Penyerahan Kad Frog Vle ID kepada guru-guru dam murid-murid.
No comments:
Post a Comment