Sekolah Kebangsaan Kampung Daching terletak bersempadan di antara dua buah negeri, iaitu Negeri Sembilan dan Selangor. Dalam tahun lima puluhan keadaan kampung ini terbiar terutamanya dalam lapangan pelajaran, anak-anak yang hendak belajar terpaksa bersekolah ke Beranang Hilir atau ke Beranang Hulu. Jauh dari kedu-dua tempat itu kir-kira tiga batu.
Maka ramai murid yang tidak bersekolah. Ketika itu ketua Kampung
Daching ialah Allahyarham Tuan Hj. Hussin bin Ali, dan Kampung Sesapan Batu
Minangkabau di Selangor ialah Encik Silin Bin Muhammad Noh dn di Kampung
Sesapan Batu Rembau ketuanya Datuk Dagang Jisat bin A. Ghani.
Sekolah ini pembinaannya diperingkat awal dahulu di usahasamakan
oleh penduduk ketiga-tiga buah kampung secara bergotong royong dan tukangnya di
ketuai oleh Datuk Empat Rabit (Haji Rabit ). Pembinaan sekolah dimulakan pada
bulan Mac 1951 dan siap di bina pada bulan Jun 1951 dn diadakan istiadat
pembukaan rasminya pada 16hb. September 1951 dengan cara besar besaran.
Bangunan sekolah berukuran 90 kaki x 20 kaki, dan hanya boleh memuatkan murid
dalam 3 aliran sahaja.
Pengasas Sekolah.
Mereka yang terlibat ialah,
1. Allahyarham Tuan Hj Hussin Bin Hj Ali.
2. Dt. Dagang Hj Silin Bin Muhammad Noh
3. Dt. Dagang Jisit
4. Encik Z. Bidin b. Md. Lati( Bekas Wakil Rakyat Kawasan
Lenggeng)
5. Tuan Hj Rabain Bin Kaman
6. Dt Penghulu Talib bin Jonoh
7. Tuan Hale (Bekas Pengurus Ladang Lenggeng)






0 comments:
Post a Comment