MISI SKKD

Mempertingkatkan keupayaan bagi mencapai sasaran kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah murid dan persekitaran sekolah yang amat selamat dan ceria.

MOTO SKKD

ILMU TANGGA KEJAYAAN

Monday, 25 April 2016

Program Jom Baca Bersama 10 minit dan KM1M Sempena Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2016

Sekolah Kebangsaan Kampong Daching telah mengadakan Program Jom Baca Bersama 10 minit dan KM1M Sempena Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2016 pada 25 April 2016 bermula jam 11.00-11.10 pagi. Program ini anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM), Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan dan Perpustakaan Negara Malaysia.





Sunday, 24 April 2016

Karnival Bahasa Melayu Peringkat Seremban 1

Sekolah telah menghantar tiga orang murid untuk menyertai Karnival Bahasa Melayu peringkat daerah Seremban 1 yang diadakan di SK Taman Semarak, Nilai pada 23 April 2016.  Hampir 50 buah sekolah telah menyertainya. Perserta yang terlibat ialah Nur Nabihah (Pidato), Nur Zarith Sofea (Bercerita BM Tahap 2), Siti Alha (Bercerita BM Tahap 1). Adik Nur Nabihah telah merangkul tempat kelima dalam pertandingan pidato.Yang tidak berjaya, jangan berputus asa, cuba lagi pada tahun hadapan.




Wednesday, 20 April 2016

Kejayaan Dicapai Tiga Tahun Berturut-turut Dalam Pertandingan Sahibba Peringkat Daerah Seremban 1

Syukur alhamdulillah, sekali lagi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching berjaya merangkul johan dan naib johan tiga tahun berturut-turut dalam pertandingan Sahibba Peringkat Seremban 1 yang telah diadakan di SK Pantai pada 19 April 2016. Mereka terdiri daripada adik Amirul Aiman b Amran yang merangkul johan manakala adik Amalia Qistina bt Mohd Nafis merangkul naib johan. Tahniah diucapkan kepada Hjh Siti Mariyam iaitu GPK Kokurikulum yang telah berjaya membimbing kedua-dua murid ini. Semoga kedua-dua murid ini akan berjaya di peringkat negeri nanti pada bulan Mei ini. Teruskan usaha...tanpa usaha kita tidak akan kemana-mana. 









Sunday, 17 April 2016

Program Motivasi & Kem Kecemerlangan UPSR 2016

Program Motivasi & Kem Kecemerlangan UPSR 2016 telah diadakan pada 15 hingga 17 April 2016 di Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, Lenggeng, Negeri Sembilan. Program ini bertujuan untuk memastikan murid dapat membuat persiapan yang cukup bagi menduduki peperiksaan UPSR. Bertemakan ke arah kecemerlangan UPSR seramai 37 orang pelajar tahun 6 terlibat dalam program tersebut. Objektif pelaksanaan program ini ialah untuk memberi peluang pelajar membuat persiapan awal sebelum menduduki UPSR. Selain itu, memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang teknik-teknik menjawab soalan UPSR yang berkesan. Akhir sekali, melatih pelajar menjawab contoh soalan UPSR sebelum menduduki peperiksaan sebenar.
Diantara tetamu yang hadir semasa majlis penutupan perasmian ialah Encik Rosafiz b Sudeen, Pegawai Fasilinus Bahasa Inggeris, Pejabat Pendidikan Daerah Seremban dan YDP PIBG SK Kampong Daching, En. Amran b Bakar.

Dif-dif jemputan semasa Majlis Perasmian Penutup

Bengkel teknik menjawab soalan UPSR bagi mata pelajaran UPSR telah dijalankan bermula hari Sabtu hingga Ahad. Ceramah telah disampaikan oleh penceramah-penceramah yang pakar dalam mata pelajaran tersebut.

 Murid-murid sedang mengikuti bengkel

En. Rosafiz b Sudeen menyampaikam ceramah motivasi kepada ibu bapa yang hadir

Ucapan alu-aluan oleh En. Shamsuddin b Mohamad, Guru Besar SK Kampong Daching

Wednesday, 13 April 2016

Gotong-royong Transformasi Kelas Abad Ke-21 Bersama Ibu Bapa SKKD 2016

Dalam menyahut mentransformasikan Kelas Abad Ke -21, semua guru dan ibu bapa telah melibatkan diri dalam Program Gotong-Royong 2016 yang berlangsung pada 13 April 2016. Terima kasih kepada ibu bapa kerana telah mengadakan gotong-royong menceria dan menghias kelas bersama guru kelas tahun 1 hingga 6.  Ia seiring dengan hasrat Sarana Ibu Bapa dan projek keceriaan ke arah Pembelajaran Abad Ke-21 yang sedang diusahakan oleh pihak sekolah. Semoga semua kelas tahun 1 hingga 6 akan dapat diceriakan bagi menyahut transformasi pendidikan masa kini.

Ibu bapa bekerjasama menceriakan bilik darjah

Gambar sekitar majlis gotong-royong

Ibu bapa turut serta membantu mengecat bilik darjah

Bapa pelajar turut serta dalam majlis ini

Murid-murid turut sama memberi bantuan 

Membantu memasang tikar getah di dalam bilik darjah Tahun 4

Kelas 6B yang telah dihias cantik

Friday, 8 April 2016

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) Dan Pelancaran Nilam 2016

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M) merupakan satu aktiviti utama Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini bertujuan untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah di samping menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.

Dengan ini KM1M merupakan salah satu aktiviti yang berguna kepada murid untuk menambah pengetahuan sedia ada dan mengisi masa lapang dengan bermanfaat.

KM1M tahun 2016 telah dilaksanakan pada 4 April 2016 jam 9.00 pagi serentak di seluruh Malaysia. Namun SK. Kampong Daching telah melaksanakan aktiviti ini pada tarikh 7 April 2016.Aktiviti membaca buku ( membaca senyap secara serentak) telah dijalankan selama 2016 saat atau 33 minit : 36 saat. 


KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M)


Pusat Sumber Sekolah telah melancarkan Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan pelancaran program NILAM peringkat sekolah pada hari Khamis ,7 April 2016. Guru besar, En. Shamsuddin bin Mohamad telah merasmikan pelancaran program tersebut.

 Guru besar, En. Shamsuddin bin Mohamad merasmikan majlis
Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) Dan Pelancaran Nilam 2016

 Nilam 2016




Kem Bestari Solat Tahap 1 Dan 2 2016

Kem Bestari Solat telah berjaya dijalankan pada 6 April 2016. Semua murid SK Kampong Daching terlibat dalam program yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam itu. 

Selain guru agama, guru-guru SKKD juga turut terlibat  membimbing murid-murid dalam menjalankan amali solat, berwuduk,  bertayamum serta lain-lain yang berkaitan dengannya. 

Latihan Amali Solat
Amali Solat Anak-anak lelaki
Belajar tayammum
AMIN YA RABBAL ALAMIN...

Alhamdulillah, program yang bermula jam 2.00 petang ini selesai dijalankan menjelang petang. Tahniah kepada Panitia Agama Islam serta terima kasih atas kerjasama guru-guru yang lain kerana telah berjaya menjalankan Kem Bestari Solat ini. 

Diharap program ini dapat memberi didikan solat yang sempurna kepada murid-murid di sekolah ini serta dapat mereka mengamalkannya dalam kehidupan mereka seharian.