Dalam menyahut mentransformasikan Kelas Abad Ke -21, semua guru dan ibu bapa telah melibatkan diri dalam Program Gotong-Royong 2016 yang berlangsung pada 13 April 2016. Terima kasih kepada ibu bapa kerana telah mengadakan gotong-royong menceria dan menghias kelas bersama guru kelas tahun 1 hingga 6. Ia seiring dengan hasrat Sarana Ibu Bapa dan projek keceriaan ke arah Pembelajaran Abad Ke-21 yang sedang diusahakan oleh pihak sekolah. Semoga semua kelas tahun 1 hingga 6 akan dapat diceriakan bagi menyahut transformasi pendidikan masa kini.
Ibu bapa bekerjasama menceriakan bilik darjah
Gambar sekitar majlis gotong-royong
Ibu bapa turut serta membantu mengecat bilik darjah
Bapa pelajar turut serta dalam majlis ini
Murid-murid turut sama memberi bantuan
Membantu memasang tikar getah di dalam bilik darjah Tahun 4
Kelas 6B yang telah dihias cantik
0 comments:
Post a Comment