Pada tanggal 21 Mei 2016, satu program khidmat masyarakat tentang kempen kesedaran demam denggi telah diadakan di SK Kampong Daching. Program khidmat masyarakat ini adalah anjuran bersama para pelajar Program Master Komunikasi Koprat di Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia dan SK Kampong Daching. Program ini dianjurkan bagi menyampaikan maklumat dan mesej mengenai demam denggi kepada penduduk di Kampung Daching Hilir, Lenggeng, Negeri Sembilan. Pelbagai aktiviti dijalankan pada hari tersebut seperti gotong-royong, ceramah, pertandingan mewarna dan pemeriksaan kesihatan.
Pameran tentang demam denggi yang diadakan
Dif-dif jemputan
Ceramah kesihatan yang disampaikan oleh doktor dari Pusat Kesihatan Sikamat
Pendaftaran dan pemeriksaan kesihatan
Gotong-royong turut dijalankan
Pelajar Master Komunikasi Koprat menanam pokok bunga di kawasan sekolah
Guru Besar SK Kampong Daching, GPK HEM dan Pensyarah Program Master Komunikasi Koprat menanam pokok di kawasan padang sekolah
Pertandingan mewarna Tahap 1 dan 2
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan mewarna
Para pelajar SK Kampong Daching turut sama bergotong-royong
0 comments:
Post a Comment