Sejumlah 15,000 peserta dari seluruh negeri telah menyertai program FIT Malaysia peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung pagi tadi, bertarikh 4 September 2016 di Dataran Rembau, Negeri Sembilan. Sekolah Kebangsaan Kampong Daching tidak terkecuali untuk menyertai acara yang berprestij ini. Seramai 36 pelajar dan 3 orang guru telah menyertai program FIT Malaysia bagi acara larian (FM Run) dengan jarak sejauh 5 km.
Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin berkata ini merupakan penyertaan paling ramai untuk FIT Malaysia tahun ini. Sementara itu, program yang bermula seawal pukul 6 pagi itu telah dimulakan dengan pelepasan peserta bagi acara berbasikal (FM Ride) sejauh 10 km dan 30 km dan diikuti dengan pelepasan peserta bagi acara larian (FM Run) dengan jarak sejauh 5 km dan 10 km.
Antara aktiviti-aktiviti kecergasan lain yang berlangsung pada hari tersebut ialah aerobik, zumba, 'Stix2Stick', 'fit ball' dan 'line dance'.
Turut diadakan ialah pameran oleh Institut Sukan Negara, Sekretariat Hari Sukan Negara, Sekretariat Sukan SEA 2017, Jabatan Kesihatan Negeri.
0 comments:
Post a Comment