Program Bintang Berwawasan untuk meningkatkan Jati
Diri murid merupakan sebuah
usaha Unit HEM untuk
membantu melahirkan
generasi pelajar yang
berdisiplin dan berwawasan.
Asasnya sebagai pelajar
mereka semestinya mempunyai matlamat yang jelas dalam merencana strategi
kecemerlangan hidup. Fokus yang tepat dan berterusan , perubahan sikap yang
menentukan kejayaan itu ke arah positif atau negatif. Dalam program ini, matlamat
utama adalah melahirkan pelajar
yang mempunyai matlamat perjuangan dan kecemerlangan yang jelas untuk
diri , keluarga dan masyarakat. Mereka
juga mempunyai daya ketahanan, ketabahan, berdisiplin dalam menghadapi pelbagai
cabaran dalam menempa kejayaan.
Tujuan
program ini diadakan
adalah untuk memberi
kesedaran kepada pelajar–pelajar berkenaan
perubahan sikap dan
tingkah laku bagi
membangunkan potensi diri
secara keseluruhan. Tahniah diucapkan kepada unit HEM dan penceramah Encik Muhamad Sabri b Abdul Jalil.