Thursday, 18 January 2018

Program Bintang Berwawasan Untuk Membentuk Jati Diri Dan Murid Yang Berdisiplin

Program Bintang Berwawasan untuk meningkatkan  Jati   Diri  murid merupakan   sebuah   usaha   Unit HEM  untuk   membantu melahirkan   generasi   pelajar   yang   berdisiplin dan berwawasan.   Asasnya   sebagai   pelajar   mereka semestinya mempunyai matlamat yang jelas dalam merencana strategi kecemerlangan hidup. Fokus yang tepat dan berterusan , perubahan sikap yang menentukan kejayaan itu ke arah positif atau negatif.  Dalam program ini,  matlamat   utama adalah  melahirkan   pelajar   yang mempunyai matlamat perjuangan dan kecemerlangan yang jelas untuk diri , keluarga  dan masyarakat. Mereka juga mempunyai daya ketahanan, ketabahan, berdisiplin dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam menempa kejayaan.
Tujuan   program   ini   diadakan   adalah   untuk   memberi   kesedaran   kepada   pelajar–pelajar berkenaan   perubahan   sikap   dan   tingkah   laku   bagi   membangunkan   potensi   diri   secara keseluruhan. Tahniah diucapkan kepada unit HEM dan penceramah Encik Muhamad Sabri b Abdul Jalil.












0 comments:

Post a Comment