MISI SKKD

Mempertingkatkan keupayaan bagi mencapai sasaran kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah murid dan persekitaran sekolah yang amat selamat dan ceria.

MOTO SKKD

ILMU TANGGA KEJAYAAN

Thursday, 30 June 2016

Program Satu Jam Bersama Al-Quran

Satu Majlis Satu Jam Bersama Al-Quran telah diadakan di SK Kampong Daching pada tanggal 30 Jun 2016 serentak di seluruh Malaysia bermula jam 12.00 tengahari sehingga jam 1.00 petang. Program ini telah melibatkan semua murid SK Kampong Daching. Semoga satu jam yang telah diperuntukkan untuk membaca Al-Quran memberi seribu rahmat dan kebaikan kepada semua. Amin. 





Friday, 27 May 2016

Sambutan Hari Guru SKKD 2016 : Sederhana tetapi Meriah

Guru Pembina Negara Bangsa ialah tema Hari Guru 2016. Sambutan Hari Guru SKKD telah diadakan pada hari Jumaat, 27 Mei 2016. Kami menunggu sehingga selesai peperiksaan pertengahan tahun untuk menyambutnya. Seperti biasa, sambutan di SKKD diadakan secara sederhana namun ianya tetap meriah.

 Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan lagu tema Hari Guru

 Murid-murid SKKD menanti persembahan diadakan

 Ucapan Ketua Pengawas SKKD

 Persembahan Deklamasi Sajak oleh pelajar tahun 5

 Acara yang diadakan 

 Ucapan Tuan Guru Besar SKKD

Pentas sempena sambutan Hari Guru SKKD 2016

Wednesday, 25 May 2016

Jamuan Minum Petang Sempena Sambutan Hari Guru

Satu jamuan minum petang telah diadakan sempena sambutan Hari Guru 2016 yang disambut baru-baru ini. Guru-guru dan staf SKKD berkumpul untuk mengeratkan silaturrahim dengan mengadakan jamuan minum petang di Sikamat, Seremban.



Sumbangan Baju Raya Kepada Pelajar Kurang Berkemampuan

Pelajar SKKD yang kurang kemampuan telah menerima sumbangan Baju Melayu dan Baju Kurung untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma. Keceriaan terpancar di wajah pelajar-pelajar ini untuk menyambut Hari Raya. Terima kasih kepada individu yang sudi menyumbang kepada pelajar kurang kemampuan di SKKD. Pihak sekolah amat menghargai jasa kalian.
 Terima kasih kepada penyumbang

 Penyampaian Baju Raya kepada pelajar oleh penyumbang

 Pelajar yang kurang kemampuan menerima sumbangan baju melayu dan baju kurung

Saturday, 21 May 2016

Kempen Kesedaran Denggi - Pencegahan adalah lebih baik daripada merawat

Pada tanggal 21 Mei 2016, satu program khidmat masyarakat tentang kempen kesedaran demam denggi telah diadakan di SK Kampong Daching. Program khidmat masyarakat ini adalah anjuran bersama para pelajar Program Master Komunikasi Koprat di Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia dan SK Kampong Daching. Program ini dianjurkan bagi menyampaikan maklumat dan mesej mengenai demam denggi kepada penduduk di Kampung Daching Hilir, Lenggeng, Negeri Sembilan. Pelbagai aktiviti dijalankan pada hari tersebut seperti gotong-royong, ceramah, pertandingan mewarna dan pemeriksaan kesihatan.



 Pameran tentang demam denggi yang diadakan


 Dif-dif jemputan

 Ceramah kesihatan yang disampaikan oleh doktor dari Pusat Kesihatan Sikamat


Pendaftaran dan pemeriksaan kesihatan

 Gotong-royong turut dijalankan

Pelajar Master Komunikasi Koprat menanam pokok bunga di kawasan sekolah

Guru Besar SK Kampong Daching, GPK HEM dan Pensyarah Program Master Komunikasi Koprat menanam pokok di kawasan padang sekolah

Pertandingan mewarna Tahap 1 dan 2

 Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan mewarna

Para pelajar SK Kampong Daching turut sama bergotong-royong

Tuesday, 17 May 2016

Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016 berlangsung bermula 17 Mei - 20 Mei 2016. Bagi pihak sekolah mengucapkan semoga berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang kepada semua murid SK Kampong Daching.






Monday, 16 May 2016

Selamat Hari Guru 2016 - " Guru Pembina Negara Bangsa"

Salam 1 Malaysia. Selamat Hari Guru kepada semua guru SK Kampong Daching. Sambutan Hari Guru 2016 bertemakan " Guru Pembina Negara Bangsa". Diharapkan tema Hari Guru tahun ini akan dapat menaikkan lagi semangat guru-guru SK Kampong Daching untuk terus memajukan anak bangsa agar menjadi pemangkin generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.