MISI SKKD

Mempertingkatkan keupayaan bagi mencapai sasaran kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah murid dan persekitaran sekolah yang amat selamat dan ceria.

MOTO SKKD

ILMU TANGGA KEJAYAAN

Thursday, 27 October 2016

Hari Kanak-Kanak SKKD penuh keseronokan

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959, setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengistiharkan Hari Kanak-kanak Sedunia dan meminta semua negara meraikannya setiap tahun sebagai “ Satu Hari Bagi Persaudaraan Dunia dan Persefahaman Di Kalangan Kanak-kanak”. Malaysia adalah di antara 150 buah negara yang menyambut Hari Kanak-kanak Sedunia pada bulan Oktober setiap tahun. Sebagai membuktikan keprihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak, pihak sekolah turut serta meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia setiap tahun. Pada tahun ini, pada 27 Oktober 2016 pihak sekolah meraikan murid-murid bersama Maskot Marybrown. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan seperti senamrobik, pertandingan mewarna tahap 1, pertandingan menghias kawan dan persembahan murid.

















Wednesday, 19 October 2016

Lawatan Ke KIDZANIA meriah

Program lawatan sambil belajar ke KIDZANIA telah dijalankan sebagai salah satu aktiviti selepas UPSR. Lawatan ini telah disertai oleh semua murid tahun 6 dan telah diadakan pada 19 Oktober 2016.

Serba sedikit tentang KIDZANIA. Warga Kidzania dikenali sebagai KidZanians. Mereka terdiri daripada kanak-kanak berumur 4-17 yang memainkan peranan utama dalam operasi harian Kidzania melalui program kerja di bandar ini. KidZanians akan belajar, menerokai dan mengalami sendiri alam pekerjaan.

Melalui aktiviti lawatan sambil belajar ini murid tahun 6 dapat menimba satu pengalaman yang baharu.











Saturday, 15 October 2016

Perkhemahan Perdana SK Kampong Daching 2016

Pada 14 hingga 15 Oktober 2016 yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Perkhemahan Perdana Sekolah Kebangsaan Kampong Daching.Perkhemahan Perdana ini merupakan aktiviti selepas UPSR yang disertai oleh semua murid tahun 6.

Perkhemahan yang dijalankan ini dapat menyemai semangat perpaduan, disiplin yang tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja.Pengisian sepanjang program juga telah diperhalusi demi mencapai objektif perkhemahan.   

Objektif Program
Antara objektif program ini adalah untuk melahirkan peserta yang berdisiplin dan bersemangat juang dalam memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum. Di samping itu, program ini turut memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid tahun 6 tentang aspek perkhemahan secara menyeluruh. Semangat kerjasama dan berdikari juga turut boleh dipupuk melalui program ini serta dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta.

Melalui perkhemahan ini juga, dapat menanam sifat amanah dan toleransi terhadap diri sendiri dan orang lain juga dapat diperoleh melalui aktiviti sebegini. Bukan itu sahaja, malah dapat mewujudkan sifat bertanggungjawab dalam hidup, sentiasa menepati masa dan mematuhi peraturan.  

Peserta Perkhemahan
Segala Perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti demi memastikan semua anggota perkhemahan dapat menikmati suasana sebenar perkhemahan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.Pada tahun ini, sejumlah 37 orang peserta telah menyertai Perkhemahan Perdana.

Gambar-gambar sekitar program:





Wednesday, 12 October 2016

Lawatan Ke KIDZANIA meriah

Program lawatan sambil belajar ke KIDZANIA telah dijalankan sebagai salah satu aktiviti selepas UPSR. Lawatan ini telah disertai oleh semua murid tahun 6 dan telah diadakan pada 19 Oktober 2016.

Serba sedikit tentang KIDZANIA. Warga Kidzania dikenali sebagai KidZanians. Mereka terdiri daripada kanak-kanak berumur 4-17 yang memainkan peranan utama dalam operasi harian Kidzania melalui program kerja di bandar ini. KidZanians akan belajar, menerokai dan mengalami sendiri alam pekerjaan.

Melalui aktiviti lawatan sambil belajar ini murid tahun 6 dapat menimba satu pengalaman yang baharu.











Saturday, 8 October 2016

Hari Sukan Negara 8.10.2016

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). 

           Pada tahun 2016 ini, sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. 
          SK Kampong Daching turut menyambut Hari Sukan Negara pada 8 Oktober 2016 yang dijalankan serentak seluruh Negara. Acara meretas desa dan senamrobik telah dijalankan. 










Wednesday, 5 October 2016

Majlis Perpisahan Tahun 6 2016 - Majlis Tautan Kasih Selautan Budi

Murid-murid Tahun 6 2016 yang menjadi warga SK Kampong Daching selama hampir 6 tahun telah diraikan dalam satu Majlis Perpisahan Tahun 6 yang diadakan pada hari Rabu, 5 Oktober 2016 jam 3.00 petang bertempat di Hotel Nilai, Negeri Sembilan. Majlis ini dikelolakan oleh Pn. Siti Fatimah, Penyelaras Tahun 6.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Mohd Fadzil. Seterusnya, diikuti dengan ucapan perpisahan oleh wakil murid tahun 6, adik Nurnabihah. Selepas itu, En. Shamsuddin b Mohamad pula menyampaikan ucapan.Beliau berharap agar murid-murid tahun 6 akan dapat menjaga maruah diri, agama dan keluarga. Majlis diakhiri dengan penyampaian anugerah-anugerah sempena majlis tersebut.

Ucapan oleh adik Nabihah

Ucapan oleh Guru Besar