Pada 14 hingga 15 Oktober 2016 yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Perkhemahan Perdana Sekolah Kebangsaan Kampong Daching.Perkhemahan Perdana ini merupakan aktiviti selepas UPSR yang disertai oleh semua murid tahun 6.
Perkhemahan yang dijalankan ini dapat menyemai semangat perpaduan, disiplin yang tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja.Pengisian sepanjang program juga telah diperhalusi demi mencapai objektif perkhemahan.
Objektif Program
Antara objektif program ini adalah untuk melahirkan peserta yang berdisiplin dan bersemangat juang dalam memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum. Di samping itu, program ini turut memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid tahun 6 tentang aspek perkhemahan secara menyeluruh. Semangat kerjasama dan berdikari juga turut boleh dipupuk melalui program ini serta dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta.
Melalui perkhemahan ini juga, dapat menanam sifat amanah dan toleransi terhadap diri sendiri dan orang lain juga dapat diperoleh melalui aktiviti sebegini. Bukan itu sahaja, malah dapat mewujudkan sifat bertanggungjawab dalam hidup, sentiasa menepati masa dan mematuhi peraturan.
Peserta Perkhemahan
Segala Perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti demi memastikan semua anggota perkhemahan dapat menikmati suasana sebenar perkhemahan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.Pada tahun ini, sejumlah 37 orang peserta telah menyertai Perkhemahan Perdana.
0 comments:
Post a Comment