Murid-murid Tahun 6 2016 yang menjadi warga SK Kampong Daching selama hampir 6 tahun telah diraikan dalam satu Majlis Perpisahan Tahun 6 yang diadakan pada hari Rabu, 5 Oktober 2016 jam 3.00 petang bertempat di Hotel Nilai, Negeri Sembilan. Majlis ini dikelolakan oleh Pn. Siti Fatimah, Penyelaras Tahun 6.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Mohd Fadzil. Seterusnya, diikuti dengan ucapan perpisahan oleh wakil murid tahun 6, adik Nurnabihah. Selepas itu, En. Shamsuddin b Mohamad pula menyampaikan ucapan.Beliau berharap agar murid-murid tahun 6 akan dapat menjaga maruah diri, agama dan keluarga. Majlis diakhiri dengan penyampaian anugerah-anugerah sempena majlis tersebut.
Ucapan oleh adik Nabihah
Ucapan oleh Guru Besar
Beautiful faces...keep it up!
ReplyDeleteBeautiful faces...keep it up!
ReplyDelete