MISI SKKD

Mempertingkatkan keupayaan bagi mencapai sasaran kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah murid dan persekitaran sekolah yang amat selamat dan ceria.

MOTO SKKD

ILMU TANGGA KEJAYAAN

Wednesday, 12 October 2016

Lawatan Ke KIDZANIA meriah

Program lawatan sambil belajar ke KIDZANIA telah dijalankan sebagai salah satu aktiviti selepas UPSR. Lawatan ini telah disertai oleh semua murid tahun 6 dan telah diadakan pada 19 Oktober 2016.

Serba sedikit tentang KIDZANIA. Warga Kidzania dikenali sebagai KidZanians. Mereka terdiri daripada kanak-kanak berumur 4-17 yang memainkan peranan utama dalam operasi harian Kidzania melalui program kerja di bandar ini. KidZanians akan belajar, menerokai dan mengalami sendiri alam pekerjaan.

Melalui aktiviti lawatan sambil belajar ini murid tahun 6 dapat menimba satu pengalaman yang baharu.











Saturday, 8 October 2016

Hari Sukan Negara 8.10.2016

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). 

           Pada tahun 2016 ini, sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. 
          SK Kampong Daching turut menyambut Hari Sukan Negara pada 8 Oktober 2016 yang dijalankan serentak seluruh Negara. Acara meretas desa dan senamrobik telah dijalankan. 










Wednesday, 5 October 2016

Majlis Perpisahan Tahun 6 2016 - Majlis Tautan Kasih Selautan Budi

Murid-murid Tahun 6 2016 yang menjadi warga SK Kampong Daching selama hampir 6 tahun telah diraikan dalam satu Majlis Perpisahan Tahun 6 yang diadakan pada hari Rabu, 5 Oktober 2016 jam 3.00 petang bertempat di Hotel Nilai, Negeri Sembilan. Majlis ini dikelolakan oleh Pn. Siti Fatimah, Penyelaras Tahun 6.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Mohd Fadzil. Seterusnya, diikuti dengan ucapan perpisahan oleh wakil murid tahun 6, adik Nurnabihah. Selepas itu, En. Shamsuddin b Mohamad pula menyampaikan ucapan.Beliau berharap agar murid-murid tahun 6 akan dapat menjaga maruah diri, agama dan keluarga. Majlis diakhiri dengan penyampaian anugerah-anugerah sempena majlis tersebut.

Ucapan oleh adik Nabihah

Ucapan oleh Guru Besar







Monday, 19 September 2016

Program Selepas UPSR 2016

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid tahun 6 tetap berjalan seperti biasa walaupun selepas peperiksaan UPSR. Tahniah kepada SK Kampong Daching yang telah berjaya menjalankan aktiviti-aktiviti yang begitu menarik untuk program selepas UPSR bermula 19 September 2016.Aktiviti-aktiviti ini telah dirancang bagi memastikan murid-murid tahun 6 mendapat pelbagai pengetahuan yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan. Diharapkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan ini dapat memberi rujukan kepada pihak sekolah lain untuk menjayakan program selepas UPSR di sekolah masing-masing. Diantara aktiviti menarik yang telah memberi pengalaman bermakna bagi murid-murid Tahun 6 ialah seperti berikut :

1) Membuat kraftangan - Pensel Gergasi




2) Permainan Dalaman



 3) Pertandingan memasak




 4) Pertandingan menggubah coklat





5) Ceramah Melangkah Ke Alam Remaja





6) Permainan Bola Sepak


7) Menjahit manik (P) dan menjahit butang (L)




Monday, 5 September 2016

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2016


Selamat menghadapi peperiksaan buat semua murid khususnya murid tahun 6 SK Kampong Daching. Tetapkan matlamat anda untuk berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang. Melangkahlah ke dewan peperiksaan dengan semangat yang tinggi dan minda yang positif. 





 Ucapan Tuan Guru Besar SK Kampong Daching


 Bacaan Doa oleh Ustaz Azhar, GPK Kokurikulum


Sedikit tips untuk adik-adik yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR:

  • Mengulangkaji pelajaran 
  • Jaga pemakanan dan keselamatan
  • Tidur awal dan rehat secukupnya
  • Datanglah dengan bersedia dan lebih awal
  • Tenang dan percayakan diri sendiri
  • Berdoa dan bertawakal

Sunday, 4 September 2016

Pelajar dan Guru SKKD Antara Yang Mengikuti FIT Malaysia@Rembau


Sejumlah 15,000 peserta dari seluruh negeri telah menyertai program FIT Malaysia peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung pagi tadi, bertarikh 4 September 2016 di Dataran Rembau, Negeri Sembilan. Sekolah Kebangsaan Kampong Daching tidak terkecuali untuk menyertai acara yang berprestij ini. Seramai 36 pelajar dan 3 orang guru telah menyertai program FIT Malaysia bagi acara larian (FM Run) dengan jarak sejauh 5 km.








Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin berkata ini merupakan penyertaan paling ramai untuk FIT Malaysia tahun ini. Sementara itu, program yang bermula seawal pukul 6 pagi itu telah dimulakan dengan pelepasan peserta bagi acara berbasikal (FM Ride) sejauh 10 km dan 30 km dan diikuti dengan pelepasan peserta bagi acara larian (FM Run) dengan jarak sejauh 5 km dan 10 km.


Antara aktiviti-aktiviti kecergasan lain yang berlangsung pada hari tersebut ialah aerobik, zumba, 'Stix2Stick', 'fit ball' dan 'line dance'.


Turut diadakan ialah pameran oleh Institut Sukan Negara, Sekretariat Hari Sukan Negara, Sekretariat Sukan SEA 2017, Jabatan Kesihatan Negeri.