MISI SKKD

Mempertingkatkan keupayaan bagi mencapai sasaran kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah murid dan persekitaran sekolah yang amat selamat dan ceria.

MOTO SKKD

ILMU TANGGA KEJAYAAN

Monday, 29 August 2016

Majlis Menaikkan Bendera Negara dan Ambang Kemerdekaan SKKD

Sekolah Kebangsaan Kampong Daching tidak ketinggalan dalam mengadakan upacara Majlis Menaikkan Bendera Negara sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-59 pada hari Isnin, 29 Ogos 2016. Pada hari bersejarah ini juga buat pertama kalinya bendera Sekolah Kebangsaan Kampong Daching telah dinaikkan. Majlis dimulai dengan bacaan doa dan disusuli dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Sembilan dan Lagu Sekolah. Kemudian, majlis sambutan ambang kemerdekaan telah diadakan.











Friday, 26 August 2016

Tahniah adik Amirul Aiman berjaya merangkul tempat keempat Pertandingan Sahibba Peringkat Kebangsaan 2016

PELAKSANAAN Pertandingan Koakademik Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 25 Ogos 2016. Pertandingan yang diadakan pada kali ini ialah Pertandingan Forum Remaja, Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah Menengah dan Pertandingan Sahibba Sekolah Rendah dan Menegah. Pertandingan seperti ini mampu menggalakkan golongan murid meningkatkan penguasaan dan kemahiran mereka dalam bahasa Melayu, serta meningkatkan keyakinan mereka untuk berkomunikasi dengan mantap dalam bahasa kebangsaan. Dalam pertandingan Sahibba sekolah rendah adik Aiman daripada SK Kampong Daching telah mewakili Negeri Sembilan dan berjaya merangkul tempat keempat dalam pertandingan tersebut. Pihak sekolah amat berbangga di atas kejayaan yang diperoleh.










Majlis penutupan Pertandingan Koakademik Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka.

Monday, 22 August 2016

Program Kecemerlangan UPSR 2016 - Bengkel Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

Sebagai persediaan terakhir buat calon-calon yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 5 September 2016, pihak sekolah telah mengadakan dua bengkel UPSR iaitu bengkel Bahasa Inggeris oleh penceramah jemputan Encik Murugan Raj. Bengkel ini telah diadakan pada hari Sabtu, 20 Ogos 2016 bermula jam 11.30 pagi sehingga jam 2.00 petang. Manakala, bengkel Bahasa Melayu pula telah dijalankan pada Isnin, 22 Ogos 2016 oleh Encik Amran b Bakar bermula jam 2.30 petang sehingga jam 4.30 petang.  Diharap perkongsian ilmu ini dapat memantapkan lagi kefahaman dan kemahiran murid untuk menjawab soalan peperiksaan UPSR Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu yang bakal menjelma. 

 Encik Murugan Raj memberikan perkongsian ilmu bersama calon-calon UPSR



 Encik Amran b Bakar sedang berkongsi ilmu untuk mata pelajaran Bahasa Melayu


Saturday, 13 August 2016

Pelajar UPSR Daerah Seremban Sertai Program Inspirasi UPSR YAPEIM 2016

Calon-calon UPSR, ibu bapa, guru dan Pegawai Pendidikan Daerah Seremban telah berkumpul untuk menyertai Program Inspirasi UPSR YAPEIM 2016 yang diadakan di IPGM Raja Melewar, Seremban. Program ini demi memacu semangat dan kemahiran dalam menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan UPSR, sekali gus meningkatkan pencapaian akademik pelajar berkenaan. SK Kampong Daching telah menghantar empat orang murid iaitu adik Luqman, Aiman, Nabiha dan Najehah untuk mengikuti program ini.
        Program di IPGM Raja Melewar merupakan salah satu daripada 145 program di seluruh Negara anjuran YaPEIM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Utusan Malaysia (UM). Program yang dinamakan Program Inspirasi UPSR YaPEIM 2016 ini bermula pada 20 Julai 2016 dengan peruntukan sebanyak RM2.2 juta. 
        Ketua Pengarah YaPEIM, Datuk Abibullah Haji Samsudin berkata, matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam UPSR khususnya pelajar luar bandar. Menurutnya, dijangka seramai lebih kurang 43,500 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar kurang berkemampuan dan berpotensi untuk lulus dalam UPSR bakal mendapat manfaat daripada program tersebut.
        Para Pelajar diberi tips dan teknik menjawab soalan UPSR sebulan sebelum peperiksaan tersebut berlangsung dan melalui program ini, ia secara tidak langsung meningkatkan kesedaran dan motivasi ibu bapa dan pelajar ke arah mencapai kajayaan yang lebih cemerlang dalam bidang akademik dan sosial.




Friday, 12 August 2016

Perkhemahan Pendidikan Alam Semula jadi Sekolah Rendah Peringkat Zon Selatan 8 - 11 Ogos 2016

Pusat Kokurikulum Melaka melalui Jabatan Pendidikan Negeri Melaka telah mengelolakan Perkhemahan Pendidikan Alam Semula jadi Sekolah Rendah Peringkat Zon Selatan pada 8 - 11 Ogos 2016 bertempat di Pusat Kokurikulum Melaka. SK Kampong Daching telah menghantar dua orang peserta iaitu adik Muhamad Adib Faruqi b Mohamad Fadzil dan Muhamad Hakimi b Mohd Adi Anuar daripada tahun 5 bagi mewakili Negeri Sembilan ke perkhemahan tersebut. Pelbagai acara telah dijalankan sepanjang perkhemahan itu berlangsung.






Wednesday, 10 August 2016

Bengkel Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris UPSR Pelaksanaan Program Gegar Potensi Julang Prestasi (DTP) Bersama Sekolah Angkat Unit Akademik PPDS 2016

Pihak PPD Seremban telah menganjurkan satu program gegar potensi julang prestasi kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2016 pada 10 Ogos 2016 bertempat di SK Kampong Daching. Tiga buah sekolah angkat PPDS iaitu SK Kampong Daching, SJKT Ladang Lenggeng dan SJKC Yu Chai telah terpilih untuk mengikuti program ini  bagi mempersiapkan diri para calon UPSR pada tahun ini untuk menghadapi peperiksaan yang kunjung tiba tidak lama lagi. Program ini bermula dengan Bengkel Bahasa Inggeris yang dikelolakan oleh Pn Gloria pada sebelah pagi. Pada sebelah tengah hari pula Bengkel Bahasa Melayu dijalankan, yang dikelolakan oleh Pn Norhafizah. Bengkel berakhir jam 4.30 petang. Diharapkan bengkel ini sedikit sebanyak mampu membantu meningkatkan prestasi murid-murid dalam peperiksaan UPSR yang akan menjelang dalam masa tiga minggu lagi  dan seterusnya mencipta kejayaan buat diri dan sekolah ini. Diharapkan semoga segala usaha yang dilaksanakan akan membuahkan hasil dan mendapat keberkatan Ilahi.