Wednesday, 10 August 2016

Bengkel Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris UPSR Pelaksanaan Program Gegar Potensi Julang Prestasi (DTP) Bersama Sekolah Angkat Unit Akademik PPDS 2016

Pihak PPD Seremban telah menganjurkan satu program gegar potensi julang prestasi kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2016 pada 10 Ogos 2016 bertempat di SK Kampong Daching. Tiga buah sekolah angkat PPDS iaitu SK Kampong Daching, SJKT Ladang Lenggeng dan SJKC Yu Chai telah terpilih untuk mengikuti program ini  bagi mempersiapkan diri para calon UPSR pada tahun ini untuk menghadapi peperiksaan yang kunjung tiba tidak lama lagi. Program ini bermula dengan Bengkel Bahasa Inggeris yang dikelolakan oleh Pn Gloria pada sebelah pagi. Pada sebelah tengah hari pula Bengkel Bahasa Melayu dijalankan, yang dikelolakan oleh Pn Norhafizah. Bengkel berakhir jam 4.30 petang. Diharapkan bengkel ini sedikit sebanyak mampu membantu meningkatkan prestasi murid-murid dalam peperiksaan UPSR yang akan menjelang dalam masa tiga minggu lagi  dan seterusnya mencipta kejayaan buat diri dan sekolah ini. Diharapkan semoga segala usaha yang dilaksanakan akan membuahkan hasil dan mendapat keberkatan Ilahi. 










0 comments:

Post a Comment