Sebagai persediaan terakhir buat calon-calon yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 5 September 2016, pihak sekolah telah mengadakan dua bengkel UPSR iaitu bengkel Bahasa Inggeris oleh penceramah jemputan Encik Murugan Raj. Bengkel ini telah diadakan pada hari Sabtu, 20 Ogos 2016 bermula jam 11.30 pagi sehingga jam 2.00 petang. Manakala, bengkel Bahasa Melayu pula telah dijalankan pada Isnin, 22 Ogos 2016 oleh Encik Amran b Bakar bermula jam 2.30 petang sehingga jam 4.30 petang. Diharap perkongsian ilmu ini dapat memantapkan lagi kefahaman dan kemahiran murid untuk menjawab soalan peperiksaan UPSR Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu yang bakal menjelma.
0 comments:
Post a Comment