Saturday, 13 August 2016

Pelajar UPSR Daerah Seremban Sertai Program Inspirasi UPSR YAPEIM 2016

Calon-calon UPSR, ibu bapa, guru dan Pegawai Pendidikan Daerah Seremban telah berkumpul untuk menyertai Program Inspirasi UPSR YAPEIM 2016 yang diadakan di IPGM Raja Melewar, Seremban. Program ini demi memacu semangat dan kemahiran dalam menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan UPSR, sekali gus meningkatkan pencapaian akademik pelajar berkenaan. SK Kampong Daching telah menghantar empat orang murid iaitu adik Luqman, Aiman, Nabiha dan Najehah untuk mengikuti program ini.
        Program di IPGM Raja Melewar merupakan salah satu daripada 145 program di seluruh Negara anjuran YaPEIM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Utusan Malaysia (UM). Program yang dinamakan Program Inspirasi UPSR YaPEIM 2016 ini bermula pada 20 Julai 2016 dengan peruntukan sebanyak RM2.2 juta. 
        Ketua Pengarah YaPEIM, Datuk Abibullah Haji Samsudin berkata, matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam UPSR khususnya pelajar luar bandar. Menurutnya, dijangka seramai lebih kurang 43,500 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar kurang berkemampuan dan berpotensi untuk lulus dalam UPSR bakal mendapat manfaat daripada program tersebut.
        Para Pelajar diberi tips dan teknik menjawab soalan UPSR sebulan sebelum peperiksaan tersebut berlangsung dan melalui program ini, ia secara tidak langsung meningkatkan kesedaran dan motivasi ibu bapa dan pelajar ke arah mencapai kajayaan yang lebih cemerlang dalam bidang akademik dan sosial.




0 comments:

Post a Comment